Wednesday, January 27, 2016

Kuasa Allah

Mula2 rasa pelik. Pernah dgr org cakap,pernah baca org tulis,tapi tak amalkan dgn konsisten.

Dulu masa berniaga,selalu je guna masa kosong kat sekolah dgn update status,tgk status org lain,jawab sms,pm,WhatsApp & call dari customer yg nak beli produk or client yg nak jd rakan kongsi.

Ada masa lapang je mesti nak tgk HP. Sebab takut kalau ada org WhatsApp nak beli barang.padahal tak selalu pun.

But now,zura ambil pendekatan nak tgk FB, nak update status,nak balas WhatsApp semuanya lepas waktu kerja.Alhamdulillah, sgt ajaib sebab lebih ramai customer.Dan yg bestnya dapat customer yg tak cerewet.

Masih ingat dulu masa mula2 berniaga tak guna FB pun,banyak guna blog.Kalau dh guna blog,takkan la nk tgk sepanjang masa kan.Tapi ramai customer yg contact Zura kebanyakannya asbab baca info dlm blog zura.Dan mungkin juga sbb zura tak curi masa kerja dgn online FB.

Now,masa utk bisnes dari 5.00ptg - 11.00 malam. Hujung minggu dari 9.00pg - 11.00malam. Kalau balik kampung jumpa parent or family 5.00ptg - 11.00mlm.So ada masa utk kerja,diri sendiri,bisnes & family.

Kalau Allah dah kata itu rezeki kita,In sya Allah kita akan dapat.Dan mungkin rezeki tu lebih berkat lagi.Yela,zura kan buat 2 kerja.Cikgu yg dibayar gaji & dah ditentukan waktu bekerja,tak sepatutnya kita buat benda lain.Bisnes utk tambah pendapatan sepatutnya gunakan masa di luar waktu bekerja hakiki untuk menguruskannya.

Baru je berubah,tapi Allah dah kurniakan rezeki lebih.Tapi kena banyak lagi utk diubah terutama 2 perkara ni. Jangan sibuk nak cerita hal org lain & solat di awal waktu.

Ok la,itu je karangan utk hari ni.
Jom goreng ayam makan dgn nasi panas & cili potong. Tapi macam teringin makan sardin plak. Ejalzz Der , tolong g Kedai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Azura Abd Rahman
Designed by UMIESUEstudio 2015